Thursday, September 30, 2010

Pengenalan

Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SPINAL PANTAI TIMUR (PSPT).

Tujuan Dan Matlamat :

i) Menjaga kebajikan pesakit spinal, membantu meningkatkan dan membangunkan sahsiah dan insaniah pesakit serta menjadikan mereka lebih proaktif dan berinovasi.

ii) Menjadi wadah dan pemangkin untuk pesakit spinal berinteraksi dan berkomunikasi serta meningkatkan integrasi sesama ahli dan komuniti.

iii) Menjadi medium bagi menyalurkan pengtahuan dalam menjana ruang dan peluang kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

iv) Menjadi entiti yang mengumpul dan memusatkan satu pengkalan data bagi tujuan merangka, membina dan membangunkan pelan pentadbiran dan pembangunan jangka masa panjang golongan spinal.

Keahlian :

1. Keahlian Persatuan ini adalah terbahagi kepada tiga (3) kategori :-

a) Ahli Biasa
Ahli Biasa terbuka kepada semua pesakit spinal (kecederaan tulang belakang) sebarang bangsa, agama dan berusia 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Negeri Terengganu, Kelantan, dan Pahang. Semua ahli biasa boleh mengundi dan memegang jawatan dalam persatuan.
b) Ahli Bersekutu
Ahli bersekutu terbuka kepada penjaga atau waris atau mereka yang berminat dan menyokong pesakit spinal. Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam persatuan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Persatuan hendaklah memutuskan dua (2) orang ahli bersekutu untuk dilantik sebagai Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari secaralantikan bagi membantu Jawatankuasa Persatuan merancang dan melaksanakan aktiviti Persatuan.
c) Ahli Kehormat
Ahli Kehormat adalah dipilih di dalam mesyuarat Agung Tahunan persatuan dari kalangan mereka yang telah berjasa kepada persatuan dan difikirkan layak. Ahli Kehormat tidak boleh mengundi dan memegang jawatan di dalam Persatuan.
 2. Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha dan hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas dikehendaki terlebih dahulu membuat pembayaran pendaftaran dan yuran tahunan yang pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli persatuan dan berhak sebagai ahli.

4. Seorang pelajar universiti atau kolej-universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain

1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :-
Bayaran Masuk:
Ahli Biasa : RM 10.00
Ahli Bersekutu : RM 10.00
Ahli Kehormat : Percuma

Yuran Tahunan:
Ahli Biasa : RM 10.00
Ahli Bersekutu : RM 10.00
Ahli Kehormat : Percuma